Selain itu, kita boleh juga cuba ujian di bawah:
(INVENRORI PERSONALITI SIDEK)
https://drive.google.com/file/d/0B9Uw4BACqfMOZXBSRDJxTGt1SFk/view?usp=sharing
(INVENTORI MINAT KERJAYA DAN SOAL SELIDIK MINAT KERJAYA)
https://drive.google.com/file/d/0B9Uw4BACqfMOR0FqVFEzRVFFMTA/view?usp=sharing
Bimbingan dan Kaunseling
Ahad, 23 Oktober 2016
Ujian psikologi
Terdapat pelbagai ujian psikologi yang boleh kita cuba. Sama ada mahu mengetahui personaliti diri, tahap tekanan dalam diri mahupun pilihan kerjaya...
Di bawah ini ialah ujian psikologi berbentuk online yang boleh kita cuba:
(THE BIG FIVE PERSONALITY TEST) http://www.outofservice.com/bigfive/
(PERSONALITY, LEARDERSHIP AND SELF-ESTEEM) http://www.yourpersonality.net/npi/npi.pl
(PERSONALITY ASSESSOR) http://www.personalityassessor.com/personalbubble/
(YOUR PERSONALITY) http://www.yourpersonality.net/

Sabtu, 22 Oktober 2016
Definisi istilah kerjaya
Kaunseling kerjaya
Bimbingan kerjaya
- Satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Brook 1986)...
- Satu proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Masalah kerjaya termasuklah ketidakupayaan membuat pilihan, ketegangan dan penyesuaian dalam pekerjaan dengan individu dan integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan (Sidek Mohd Noah 2002)...
Bimbingan kerjaya
- Merupakan satu proses menolong yang melibatkan maklumat-maklumat yang diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan...
- Biasanya, bimbingan ini diberikan oleh pendidik yang profesional seperti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sokongan yang lain...
- Bimbingan ini juga merupakan sebahagian daripada program yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya...
Etika dalam Kaunseling
Apa itu etika?
Merupakan garis panduan yang dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi memastikan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion...
Kesimpulannya, etika kaunseling bermaksud satu set tingkah laku dan tanggungjawab kaunselor yang telah digariskan terhadap klien, rakan sejawat, masyarakat dan negara...
Mengapa etika itu penting?
Etika ini amat penting bagi memastikan kaunselor mengamalkan dan mempraktikkan etika seperti yang telah digariskan bagi melindungi hak kedua-dua pihak sama ada kaunselor serta klien...
Antara ciri-ciri etika yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:

- Kesukarelaan
- Borang persetujuan
- Kerahsiaan
- Pembuat keputusan
- Sosiobudaya
- Tempoh dan cara penyimpanan maklumat
Matlamat Kaunseling
Terdapat beberapa matlamat yang perlu dicapai bagi mewujudkan sesi kaunseling yang berkesan:
- Memudahkan perubahan: membimbing klien membentuk imej diri yang positif dan memupuk ciri-ciri yang baik serta mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Selain itu, membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan...
- Meningkatkan keupayaan: klien menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain maka matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu dan cara klien berhubung dengan orang lain...
- Menguruskan diri berkesan: sememangnya semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini...
- Membuat keputusan: klien sering mengelakkan diri untuk membuat sesuatu keputusan. Maka, kaunselor akan banyak membimbing klien melalui proses membuat keputusan dan klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan...
- Tingkatkan potensi: memberi peluang kepada klien mempelajari kaedah terbaik menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang paling maksimum. Dalam hal ini, kaunselor akan membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik...
Tujuan Kaunseling
Terdapat beberapa tujuan kaunseling:
- Menyelesaikan masalah jangka pendek: bertujuan mengurangkan beban klien dalam tempoh yang lama...
- Mendapat celik akal: menyedarkan klien akan kemampuannya mengharungi masalah dihadapi...
- Tingkah laku positif: mempercepatkan perubahan tingkah laku...
- Mencapai kebebasan psikologi: berkebolehan mengurus diri..,
- Bertindak logik: menilai pro dan kontra sesuatu sebelum mengambil keputusan...
- Perkembangan optimum: memperkembang minat, bakat dan berkebolehan ke satu tahap yang optimum...
- Penyelesaian: membuat penyelesaian sosial, peribadi, dan intelek dengan kehendak-kehendak sekolah dan masyarakat...
- Mewujudkan perhubungan sihat: perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-gurunya...
Prinsip Kaunseling
Terdapat 4 prinsip utama kaunseling:
Yang kedua, perhubungan antara kaunselor dan klien boleh ditamatkan pada bila-bila masa dan tidak terdapat unsur-unsur paksaan dalam sesi kaunseling. Seterusnya, kaunselor tidak boleh memujuk klien tersebut untuk menerima nilai atua ideanya kerana klien seharusnya menentukan keputusan untuk dirinya sendiri...
Yang ketiga, kaunselor tidak memikirkan atau membuat keputusan untuk klien sebaliknya klien diajak berfikir bersama-sama bagi mendapatkan idea, cadangan atau pendapat...
*cadangan, idea atau pendapat klien itu perlu diambil kira dalam membuat keputusan bagi setiap tindakan...
Yang keempat, kaunselor hendaklah menerima hak seseorang itu berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan intelak, kestabilan emosi dan sebagainya. Penerimaan perbezaan seperti ini dan penghormatan tulen terhadap hak-hak orang lain...
- klien diterima dan dilayan dengan baik
- perhubungan yang persimis
- penekanan pemikiran bersama
- sejajar ideal demokrasi
Yang kedua, perhubungan antara kaunselor dan klien boleh ditamatkan pada bila-bila masa dan tidak terdapat unsur-unsur paksaan dalam sesi kaunseling. Seterusnya, kaunselor tidak boleh memujuk klien tersebut untuk menerima nilai atua ideanya kerana klien seharusnya menentukan keputusan untuk dirinya sendiri...
Yang ketiga, kaunselor tidak memikirkan atau membuat keputusan untuk klien sebaliknya klien diajak berfikir bersama-sama bagi mendapatkan idea, cadangan atau pendapat...
*cadangan, idea atau pendapat klien itu perlu diambil kira dalam membuat keputusan bagi setiap tindakan...
Yang keempat, kaunselor hendaklah menerima hak seseorang itu berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan intelak, kestabilan emosi dan sebagainya. Penerimaan perbezaan seperti ini dan penghormatan tulen terhadap hak-hak orang lain...
Langgan:
Catatan (Atom)