Sabtu, 22 Oktober 2016

Matlamat Kaunseling

Terdapat beberapa matlamat yang perlu dicapai bagi mewujudkan sesi kaunseling yang berkesan:

  1. Memudahkan perubahan: membimbing klien membentuk imej diri yang positif dan memupuk ciri-ciri yang baik serta mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Selain itu, membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan...
  2. Meningkatkan keupayaan: klien menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain maka matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu dan cara klien berhubung dengan orang lain...
  3. Menguruskan diri berkesan: sememangnya semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini...
  4. Membuat keputusan: klien sering mengelakkan diri untuk membuat sesuatu keputusan. Maka, kaunselor akan banyak membimbing klien melalui proses membuat keputusan dan klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan...
  5. Tingkatkan potensi: memberi peluang kepada klien mempelajari kaedah terbaik menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang paling maksimum. Dalam hal ini, kaunselor akan membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan