Sabtu, 22 Oktober 2016

Matlamat Menolong

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan kepada matlamat akhir yang ingin dicapai. Dalam pada itu, begitu juga dalam perkhidmatan menolong yang mempunyai matlamat yang tersendiri.

Maka, matlamat menolong ini perlu diwujudkan bertujuan untuk memberi arahan dan motivasi kepada sesiapa sahaja yang ditolong dalam mengatasi:

  1.  masalah sosial
  2.  masalah peribadi
  3.  menyelesaikan konflik interpersonal
  4.  isu-isu yang mendadak
  5.  keperluan manusia
Seandainya perkara ini dapat diatasi, maka kualiti hidup seseorang individu itu akan meningkat dan berusaha untuk mencapai kesempurnaan kendiri...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan