Sabtu, 22 Oktober 2016

Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling dijalankan oleh individu yang bergelar kaunselor. Dalam pada itu, individu ini dapat latihan khusus dalam bidang kaunseling secara formal dengan menguasai TEORI yang sesuai untuk disalurkan ketika berhadapan dengan klien...

Selain itu, kaunseling ini dilihat sebagai:

  1.  sebagai satu nasihat atau memberi maklumat...
  2.  perkembangannya adalah untuk memperbaiki kehidupan manusia...
  3.  bertindak sebagai guru dan ahli sosial yang mengajar individu tentang diri...
  4.  menolong kebajikan kanak-kanak, bimbingan berkaitan pendidikan dan vokasional serta  perundangan...

Secara ringkasnya, kaunseling ini diertikan sebagai perhubungan bersemuka dengan klien dan kaunselor perlu berusaha untuk mengeratkan perhubungannya serta menggalakkan perubahan pada diri klien agar berfungsi dengan lebih berkesan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan